Wednesday 6 June 2012
teka teki best bro
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri,
boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing
pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi
tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam
laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna
putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan
terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair
apakah yang akan menjadi beku apabila
dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih
apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat
dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu,
pisang emas sebab dibawa belayar dan buah
cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan
pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira
dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir
tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang,
tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara,
kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian
270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu
menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke
bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan
berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa
dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru
jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan
pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak
dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam ,
siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi
ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam
menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor
kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau
berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu
kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng
pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan
keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah
pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi
kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring,
kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun
ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di
bahagian belakang kepala, sedangkan profesor
dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa
lampau,sedang profesor memikir untuk masa
depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa
dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda
samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi
seorang perempuan dibandingkan dengan
kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya
lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak
bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-
kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit
dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat
sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita
pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan
hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-
lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing
melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya
pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si
suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat
gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin,
Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami
tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan
menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang
semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan
semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti
zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau
salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang
pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat
atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau
kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara
pun tak ada….
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi
kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di
atas di bawah Kembang, Terkadang tegak
terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia
nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko.
Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah
pokok getah separuh dan pokok koko separuh,
Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam
separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat
mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia
bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi
dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir,
dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu
baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa
yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau
kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah
orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia
dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak
boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku
sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku
pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah
selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah
aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala,
kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga
di kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala
orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya
berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua
pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila
besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua
bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya
4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal
namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun.
Kalau arab yang cipta mungkin namanya
YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan
orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk
makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak
sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak
kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan
sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar
tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba
hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki
hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam.
Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh
lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah
kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang
juga padam meluncur memasuki lorong. Namun
tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti.
Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu
boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya
malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak
mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada
kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar,
dalam rumah besar ada orang besar, antara
bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada
rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak
menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu
oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-
tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor
burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4
ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya:
Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup
telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia
tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya
didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan
separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah
perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment